"NYAH" .... IBU KU,

ALFATIHAH......UNTUK MAMAKU
Kira-kira jam 04.30 pagi pada 5 Julai 2009, Ibuku yang ku panggil
"NYAH" telah meninggal dunia. Umurnya ketika itu 80 tahun 8 bulan 23 hari.
Nama: Noriah binti Shafie
Lahir pada 13 / 10 /1928
Meninggal dunia pada 05 /07 /2009


Mariam @ Noraini binti Shafie
adalah adik kandung ibuku yang ku panggil "Mak Cik". Beliau
terkedu bila mendapat tahu kakaknya telah tiada.

Ibuku "Nyah" telah meninggalkan anak cucu cicitnya yang
agak ramai iaitu;
Anak - Syed Shaharuddin, Fadzil & Fadzillah
Menantu - Mariam, Fahziah & Norzlan
Cucu - Anim, Anum, Asri, Munirah, Fazli, Ana, Ayu, Ani, Mira,
Dila & Adip termasuk Fuzi suami Anum, Amir suami Anim,
Rin isteri Fazli & Jat Suami Ana.
Cicit - Mera, pikah, Izlin, Ain, Aiman & Airin
Dua minggu sebelum meninggal dunia, ibuku terjatuh ketika mengesot dari
bilik tidur ke ruang dapur. Beberape jam kemudian sepupuku datang
membantu ibuku ke bilik tidur. Oleh kerana terlalu lemah, badan ibuku
bertambah panas justeru mulutnya pecah luar dan dalam dan matanya
membengkak.
Sewaktu aku berkursus di Alor Setar, sepupuku telefon memaklumkan
keadaanibuku. Lantas aku minta isteriku dan anak ketigaku (Ayu)
membawa ibuku ke klinik di Gerik. Keadaannya bertambah baik, tapi
ibuku tidak boleh makan dan minum kerana mulutnya sakit teruk.
Dua minggu selepas itu, abangku uruskan dengan klinik Lawin untuk
membawa ibuku ke Hospital Gerik. Di hospital seorang doktor
perempuan telah bertungkus lumus cuba memulihkan keadaan ibuku.
Hampir 3 jam ibuku berada di Bilik Kecemasan. Doktor memaklumkan
beliau telah berusaha tetapi keadaan ibuku masih tidak berubah malah
bertambah teruk maka aku hubungi abang dan adikku di Kuala Pilah
dan kami bersetuju membawa ibuku balik ke rumah.
Tiga malam berturut-turut aku mengadakan majlis membaca Yassin.
Hampr 30 orang kampung Lawin datang untuk majlis tersebut. Saya
mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada mereka.
Beberapa malam berikutnya keadaan ibuku nampaknya bertambah baik.
Pada 4/7/2009 Aku, isteriku dan seorang sepupuku (Kak Mi) bermalam
di rumah ibuku. Malam itu kira-kira jam 9.00 malam, ibuku asyik
menyebut "Ayah...Ayah... Ayah" . Kami bertiga agak gusar
mendengarnya. Sejam kemudian keadaan ibu berambah baik.
Keadaan tenang kembali. Pada jam 12.00 tengah malam hset sepupuku
berbunyi. Dia terpaksa balik ke rumahnya yang tidak jauh dari rumah
ibuku kerana adik iparnya dari Trolak akan sampai tidak beberapa lama
lagi. Mereka dalam perjalanan ke Kelantan.
Pada masa itu aku dan isteriku saja yang menemankan ibuku. Dia
nampaknya sedang lena tidur. Aku mencapai laptop dan menyambung
kerja-kerja pejabat. Oleh kerana terlalu letih dan mengantuk aku
tertidur diruang depan rumah bersama-sama isteri dan ibuku. Kira-kira
jam 04.30 pagi pada 5/7/2009 aku tersedar dan terus mendapatkan
ibuku. Aku terkejut bila dapati ibuku telah tiada.
Aku terus hubungi adikku di Kuala Pilah, anak-anakku di Kuala Lumpur,
anak-anakku di UPSI dan semua ahli keluarga terdekat. Esok paginya
aku uruskan tentang peralatan pengkebumian, abangku uruskan tentang
urusan liang lahat dan jenazah. Isteri dan kakak iparku uruskan rumah.
Jam 11.45 pagi jenazah siap dikapankan. Jam 12.00 tengahari, adik ku
Fadzillah sampai. Jam 12.15 ptg jenazah dibawa ke masjid untuk
disembanyangkan. Jam 12.45 ptg jenazah dibawa ke tanah perkuburan
untuk disemadikan. Jam 1.25 ptg majlis pengkebunian selesai.
Aku teringat malam tadi ibukau menyebut "Ayah...Ayah...Ayah" rupa-
rupanya dia ingin memaklum atau meminta supaya dia kebumikan
berhampiran dengan ayahnya iaitu Datok ku Hj Shafie. Ya memang
benar... harapannya di kabulkan Allah....
Aku ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu
menguruskan ibuku semasa beliau sakit dan meninggal dunia.
- Isteriku
- Abang & kakak iparku
- Kak Mi sepupuku
- Anak dan menantu ku
- Keluarga adikku
- Saudara-maraku
- Penduduk Kampung Lawin
- En Ruslan Kakitangan Klinik Lawin
- Doktor dan kakitangan Hospital Gerik
- Semua pihak yang terlibat secara langsong dan tidak langsong.
5 Responses
  1. khamsiah Says:

    CikguFadzil ni adik Jamaliah kawan semasa sekolah cuc Tok Janggut Grik ni no tel dia 0126439172 kalau datang KL tu dia jemput ke rumah




  2. mr.fadzil Says:

    Terima kasih Khamsiah kerana bagi no hset Jamaliah.. saya dah pun hubungi dia malam tadi...Bila sy sekeluarga ke KL nanti, sy akan cari ...


  3. khamsiah Says:

    Ok saya ucap kan takziah buat cikgu Fadzil semuga roh nyer di cucuri rahmat Allah hendaknya jumpa lagi