3 HARI 2 MALAM KAT KL


He..he.. Nak bagi tau sesuatu... 17 - 19 Julai semua pegawai & kakitangan
PPD Hulu berkursus kat KL..... Kalau orang pekan rajin pegi
kampung... kini orang kampung ke pekan lak....

Ini lah gelagat rakan2 aku... bertolak dari Gerik jam 10 pagi.... masuk je
ke Highway Utara-Selatan... em dah tido.... inilah lebih nya jika
pakai derebar... dengar kabarnya ada tak tido malam....

Rupa-rupanya..perangai orang kampung terbawa-bawa pada
pegawai PPD Hulu Perak... Ramai bawa nasi & lauk untuk
makan tengahari... makan di R&R Ulu Bernam...
Aku X sikit tak bawa ape2 pun.. kene le makan kat R&R tu...
masa tu aku call kat anak bungsu, Poni... kat UPSI..
Em.. dia tu pun kaki ronda juga.. dia ada kat pekan Tanjung Malim..

Geng lelaki ni ramai yang menempek.. makan free....


Kursus di adakan di Adamson Hotel iaitu bersebelahan Internasional
Hotel KL.. (Dekat Kampung Baru KL) Dengar kabarnya hotel tu
kepunyaan orang Gelok, Lenggong... Pengurusannya ok juga le....


Makanan kat hotel tu best... makanan kampung disediakan sepanjang
kursus.. Ulam petai & sambal belacan pasti membuka selera.


Ini antara rakan-rakan aku En Rosli Hashim, En Mohamad Zahari
dan En Abu Hasan.....


Antara aktiviti yang diadakan dengan falsafah yang tertentu...
Orang yang berpenumbuk besar sila tampil ke depan...
Lawan petik jari.... rupa2nya orang penumbuk besar
tak berbunyi pun..... ape falsafahnya.... fikir2 le sendiri..

Geng perempuan pun sama....... lawan petik jari juga.....

Ini Kaunselor PPD Hulu Perak.. beri ceramah ..." Kodek"....
Beri petua... Untuk elak lupa, jangan makan kepada ikan..
Makan tengahari tu dia bantai 4 ketul kepada ikan..
(Kari kepala ikan kat hotel tu sedap pulak...tu)

Pada petang 18hb Julai aku berjalan kaki dari Sogo ke Hotel kira2
jam 6.30 petang... Di hadapan, aku terpandang seorang
India memakai lebai berjalan seiring dengan seorang Singh
memakai serban... itulah orang Malaysia..

Terpandang ke KLCC... teringat orang India & Singh tadi...


Terpandang Jalan Haji Taib.... penjaja telah mula berniaga
mencari rezeki.... oleh kerana dak lewat..aku tak masuk pun
ke jalan tersebut....

Yang lain sibuk mencari rezeki... tapi yang ini terlelap
kat bangku menunggu bas di Jln Tengku Abd Rahman...


Mencari Rezeki...... Membaiki kasut.. cari duit halal.........
Tak kurang daripada 10 tempat membaiki kasut yang
aku temui di Jln tengku Abd Rahman tu....

Yang ini ada cerita...........

Tahniah.. rajin juga pekerja Bandaraya ni...


Mencari Rezeki... Rajin mengambil upah mengangkut barang2


Mencari Rezeki juga... cuba perhatikan betul2... belum jam
7 malam... Mak Nyah.. dah keluar menggoda...

Mencari Rezeki juga.... nampak sihat je Pak Cik ni........


Ingat tadi makhluk asing.... rupe2 nya bekam badan.. untuk
buang angin dalam badan... ngeri juga.....

Jam 5 petang... semasa aku ke Sogo.. terlihat budah perempuan
duduk di kaki 5 kedai, meminta sedekah, kakinya berbalut .....
Sewaktu aku berjalan balik.. terserempak budak ini
berjalan menggunakan 2 tongkat...

Oleh kerana nampak cergas... aku ikut.. terkejut juga bilaa
berjalan seiring dengan seorang pemuda.....


Yang jelasnya... selepas kira2 25 meter berjalan sama.. kelihatan
perempuan itu menyerahkan wang kutipannya kepada
lelaki tersebut... dan mereka terus berjalan bersama...
Itu lah mencari rezeki murahan di Kotaraya..

KL..KL... best juga.. buah pulasan banyak terdapat di sini


Begitu juga buah salak... banyak juga... tapi kat kampung ku
sukar diperolehi... Banyak lagi barang yang kita inginkan terdapat
kat KL,,, tiada kat kampung... patut le orang kampung
duduk kat pekan jarang nak balik kampung... jgn mare..

Pada 19Hb Julai 15 minit sebelum jam 7, aku turun untuk minum
pagi... oleh kerana belum siap aku berjalan2 sekira bangunan
berhampiran hotel.... Kesihan mereka... masih tidor lena..

Ini lah tilam empok mereka.. ditempat yang sama pada jam
7.15 minit pagi....


Ini gambar SEBELUM jam 7.00 pagi


Ini gambar SELEPAS jam 7.00 pagi


Sebelum jam 7.00 pagi di jejambat Jalan Tengku Abd Rahman..
Tau tau.. le mereka ini... siape mereka.... di mane rumah mereka..
di mane anak2 mereka.....

Untuk hilangkan rase sedih.. mengenangkan kehidupan di KL
sempat aku bergambar dengan Mawi... hehe.. jadi le
Balik kursus pada jam 10.30 pagi pada 19hb Julai...
3 hari 2 malam di KL menjadi kenangan..

0 Responses