GERHANA MATAHARI
Pada 26 Januari 2009, Malaysia mengalami
gerhana matahari. Gambar2 ini di Kampung
Tanjung Rambai, Gerik, Perak. Malaysia cuti
umum Tahun Baru Cina..
Gambar pada jam 05.50 petang
Gambar pada jam 06.00 petang
Poyu dan Poni ... sedang asyik melihat
gerhana matahari ... punah 1 disket..

Hai.. sape lak kat belakang tu..
Em.. Pozol rupenya..

Poli dan Porin juga tidak ketinggalan...
Balik ke Gerik kerana nak tengok
gerhana matahari je..pas tu balik KL


Hai..ibu pun ade.... Gembira ibu lihat
gerhana matahari bersama anak menantu.
Pona dan Pojat tak ade... mereka balik ke
Alor Setar..

SELAMAT PENGANTIN BARU
ANA & AIZAT
Sori le lambat paparkan gambo-gambo ni.
Sebenonya baru je si budak ambik gambo
ni bagi.. jangan mare ye..
(Bernikah pada 22 November 2008 dulu..)
Cantiknya menantu & anak abah ni..
Anabest... anak abah.. come kan..

Aizat.. menantu abah. Hensom kan


Dua pasang anak abah kawin ni..
hehe.. memang cun-cun..

Tengok Ponni & Pooyu tu..
Deme pun nak nikah sekali rasenya...

Pengantin dengan member ponni

Makang makang jangang le malu-malu

Waw....






Entah... ngan member UIA ke atau Satyam
Tak kesah le.. nak ucap time kasih le pada
mereka-mereka ni krn sudi datang ke
teratak pakcik kat gerik ni



Ni lagi 2 orang anak abah yang belummmm.. eem
sape nak meminang deme ni datang cepat-cepat
sikit, lambat nanti puteh mato...


SEMOGA BAHGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT
Aminnnn..

TUKAR FAHAMAN M.A.L.A.S TU

M.A.L.A.S tu kalau diikutkan sangat akan bertambah teruk le...
duhai anak-anak ku......

M = Makin
A = Amal
L = Langsong
A = Alah
S = Sentiasa

Perlu kuat semangat dan dorongkan diri ke arah yang lebih positif.
Jangan biarkan pemikiran dibuai lamunan tingkahlaku negatif

M = MERANCANG - Dorongkan diri ke arah berfikiran positif dengan
mengatur strategi ....

A = AKTIF - Dorongkan diri ke arah pergerakan yang sihat dengan
keazaman usaha yang berterusan...

L = LANGKAH - Dorongkan diri menghadapi rintangan dan kesukaran
dalam kehidupan seharian diringi tabah & sabar...

A = AMAL - Dorongkan diri dalam melakukan apa jua kebaikan. Akur
dengan arahan ketua majikan dan sentiasa berintegriti.

S = SEJAHTERA - Dorongkan diri agar patuh kehendak Allah. Hormati
suami & ibubapa, agar aman & damai sepanjang masa..


Hehe.. selamat Bangalore.. Salam untuk Kajol & Karisma yer..

SYUKUR ALHAMDULILLAH 2008

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2009

Ku ucapkan Selamat Tahun Baru 2009 kepada semua ahli keluargaku, rakan-rakan ku & kepada orang yang mengenali ku. Ku doakan kita semua beroleh kesihatan yang baik, kesabaran yang tulin, kekuatan yang jitu. Tahun 2009 diharapkan mencipta kejayaan yang lebih cemerlang.

Tahun 2008 merupakan tahun yang begitu cemerlang. Banyak perkara yang ku perolehi bagi tahun tersebut....

Paani anak ke4 : Tahun 2008 telah berjaya menerima biasiswa KPM. Beliau kini belajar di UPSI dalam bidang Pendidikan (Fizik). Tahun 2009 dia ada azam baru yang ..... nak tengok hasilnya nanti.. hehehe...

Poyu anak ke 3: Setelah menerima Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Malaysia Terengganu pada bulan Ogos 2008, beliau dilantik sebagai GSTT dan mengajar di SMK Sultan Idris Shah II, Gerik. Pada 13 Disember 2008 beliau diterima melanjutkan pelajaran di UPSI.

Pona anak ke 2: Pada 22 November 2008 dah jadi milik orang dari Alor Setar... Majlis kenduri kahwin berjalan dengan baik. Terima kasih kepada semua yang hadir di majlis tersebut. Dengar khabar tahun 2009 ni ade berita baik... Nak naik pangka datok le jawabnya... kah..kah.. jaga le kesihatan tu..

Pali anak sulung: Pada 8 November 2008 bernikah dengan orang Ampang.. Tahun 2008 dapat 2 orang menantu yang sihat-sihat... je

Tahun 2008 juga saya dinaikkan pangkat dari Gred DGA34 ke Gred DGA38... ada le tambah gaji sikit lagi... Dengan catatan peristiwa cemerlang 2008 saya amat bersyukur kepada Allah... berharap tahun 2009 banyak lagi catatan yang menarik....

Kepada anak-anakku.... sentiasalah ingatkan tuhan dan bersyukurlah.....

Tahun 2009......
Bulan Februari tahun ini, Pali anak pertamaku mula bertugas di Kajang setelah beberapa tahun bertugas di Ipoh.

Bulan Januari tahun ni, Pona anak ke2 ku akan ke India mengikuti kursus di sana anjuran Satyam. Berita terbaru beliau dah mengandung 4-5 minggu... Bulan September 2009 Insyaalah jadi datok lah saya ni.....

Ya Allah.. padamu aku mohon keampunan dan memohon kesejahteraan keluargaku..

Lawatan ke Chiang Mai

Pada 12 hingga 16 Disember 2008 Saya dan 7 rakan dari PPD
Hulu Perak dan 2 rakan dari JPN Perak telah melancong
(bukan melencong) ke Chiang Mai, Thailand.
Dari PPD Hulu Perak: Zahari (Ketua), Hambali, Nazri, Fauzi,
Hasbullah, Hashim, Termizi & Fadzil
Dari JPN: Meor & Nordin.
Rakan ku fauzi & hashim bersantai atas gajah.... bayaran
rm50 /500 baht seorang, happy nampaknya deme ni...naik
gajah jantan berumur 42 tahun. Saya & mizi ada kat
belakang, naik gajah betina umur 35 tahun.
Gajah kami garang sikit.

Ini lukisan yang dilukis gajah, masa lebih kurang 5 minit je...
dijual dengan harga rm200 / 2000 baht. Cantik kan....
Mase ambil gambar ini, 3 daripada 6 gambar telah dijual.

Gajah main bola.. ini penjaga gol untuk tendangan penalti.
2 daripada 5 tendangan telah masuk gol... yang tendang
bukan orang, gajah juge le.. memang terhibur melihat
gelagat gajah2 di MAESA ELEPHANT CAMP,
Chiang Mai... kalau diajar gajah pun bijak..

Bergambar disekitar Golden Triangler ... tempat bersejarah
3 negara yang berniaga/pertukaran emas & dadah sertai lain2
barang. Untuk ke Laos perlu naik bot dengan bayaran rm20 /
200 baht... termasuk meronda sekitar pulau golden triangler
yang hampir enggelam tu....

Saya dengan fauzi merendam kaki dalam kolam air panas...
baik untuk orang yang sakit gout maam saya ni.. free je.
cuaca agak sejuk, tu lah sebabnya pakai baju tebal ni.

Ini adalah tempat tenun kain kepunyaan Taksin mantan
PM Thailand. Dapat juga lihat bagaimana benang dari ulat
sutera dihasilkan & cara tenun kain tradisional dilakukan...

Kah..kah..kah.. sebelum pegi ke Chiang Mai dapat sms kata
cuaca sejuk 10 darjah celsius, mesyuarat le 4 orang kat PPD
terus pegi ke Sungai Petani beli baju sejuk... Sampai Chiang
Mai..tak sejuk pun... Nak lepas geram kami bertiga pakai le..
(Pakai: baju sejuk, sarung tangan dan gincu.
Tak Pakai: Sarung kepala)



Cantik kan.... bukan orangnya tapi payung le..
Ini adalah tempat membuat payung Chiang Mai
(Buatan tangan) .

Huuuu ada peristiwa yang menyeramkan...
Ada cerita disebalik kegembiraan menaiki gajah ini.....
Termizi: " fadzil.. tengok kulit tengkok gajah ini.."
Saya: " Hoi.. berkedut2.. semalam aku baru beli wallet Kulit
Gajah."
Selepas saya habis saja cakap macam tu... tiba-tiba gajah
tu mengamuk. (Dia menggoyang2 kan badannya sehingga
topi dan tongkat gembalanya tercampak ke tanah, seolah2
tidak suka kami berada di atas badannya) Gembala itu
berjaya menenangkan gajah kami. Kemudian apabila gajah-
gajah lain meneruskan perjalanan, hanya gajah kami saja
yang terus meluru ke sungai dan minum air untuk
melegakan kemarahannya.... Syukur lah kami selamat...

Terus ke Laos... meor, saya, hambali, nazri, hashim, fauzi,
termizi, zahari, hasbullah.Perkampungan ini sama
dengan zaman 60-an perkampungan di negara kita.
Malaysia jauh lebih maju.... Kata En Meor JPN Pk
"Kampung tu macam kat kampung Kenayat dulu"

Hot Spring di Chiang Rai.... memang panas giler... boleh
rebus telor.... kawasan ini antik kerana di kelilingi
gerai-gerai menjual bermacam-macam batu cincin.
..Hashim beli cincin untuk semua jarinya...

Di sebuah perkampungan unik di Chiang Mai.... cuaca
sejuk, penyambut tetamu dan peniaga memakai
pakaian tradisional. Lepas bergambar.. hambali beri
50 baht / rm5 kepada 3 budak2 ni dia kata
" mu kongsi duit ni na..na"
kami semua ketawa kah...kah....kah..faham ke budak2
tu dengar hambali cakap petani?????