Lawatan ke Chiang Mai
Pada 12 hingga 16 Disember 2008 Saya dan 7 rakan dari PPD
Hulu Perak dan 2 rakan dari JPN Perak telah melancong
(bukan melencong) ke Chiang Mai, Thailand.
Dari PPD Hulu Perak: Zahari (Ketua), Hambali, Nazri, Fauzi,
Hasbullah, Hashim, Termizi & Fadzil
Dari JPN: Meor & Nordin.
Rakan ku fauzi & hashim bersantai atas gajah.... bayaran
rm50 /500 baht seorang, happy nampaknya deme ni...naik
gajah jantan berumur 42 tahun. Saya & mizi ada kat
belakang, naik gajah betina umur 35 tahun.
Gajah kami garang sikit.
Ini lukisan yang dilukis gajah, masa lebih kurang 5 minit je...
dijual dengan harga rm200 / 2000 baht. Cantik kan....
Mase ambil gambar ini, 3 daripada 6 gambar telah dijual.
Gajah main bola.. ini penjaga gol untuk tendangan penalti.
2 daripada 5 tendangan telah masuk gol... yang tendang
bukan orang, gajah juge le.. memang terhibur melihat
gelagat gajah2 di MAESA ELEPHANT CAMP,
Chiang Mai... kalau diajar gajah pun bijak..
Bergambar disekitar Golden Triangler ... tempat bersejarah
3 negara yang berniaga/pertukaran emas & dadah sertai lain2
barang. Untuk ke Laos perlu naik bot dengan bayaran rm20 /
200 baht... termasuk meronda sekitar pulau golden triangler
yang hampir enggelam tu....
Saya dengan fauzi merendam kaki dalam kolam air panas...
baik untuk orang yang sakit gout maam saya ni.. free je.
cuaca agak sejuk, tu lah sebabnya pakai baju tebal ni.
Ini adalah tempat tenun kain kepunyaan Taksin mantan
PM Thailand. Dapat juga lihat bagaimana benang dari ulat
sutera dihasilkan & cara tenun kain tradisional dilakukan...
Kah..kah..kah.. sebelum pegi ke Chiang Mai dapat sms kata
cuaca sejuk 10 darjah celsius, mesyuarat le 4 orang kat PPD
terus pegi ke Sungai Petani beli baju sejuk... Sampai Chiang
Mai..tak sejuk pun... Nak lepas geram kami bertiga pakai le..
(Pakai: baju sejuk, sarung tangan dan gincu.
Tak Pakai: Sarung kepala)
Cantik kan.... bukan orangnya tapi payung le..
Ini adalah tempat membuat payung Chiang Mai
(Buatan tangan) .
Huuuu ada peristiwa yang menyeramkan...
Ada cerita disebalik kegembiraan menaiki gajah ini.....
Termizi: " fadzil.. tengok kulit tengkok gajah ini.."
Saya: " Hoi.. berkedut2.. semalam aku baru beli wallet Kulit
Gajah."
Selepas saya habis saja cakap macam tu... tiba-tiba gajah
tu mengamuk. (Dia menggoyang2 kan badannya sehingga
topi dan tongkat gembalanya tercampak ke tanah, seolah2
tidak suka kami berada di atas badannya) Gembala itu
berjaya menenangkan gajah kami. Kemudian apabila gajah-
gajah lain meneruskan perjalanan, hanya gajah kami saja
yang terus meluru ke sungai dan minum air untuk
melegakan kemarahannya.... Syukur lah kami selamat...
Terus ke Laos... meor, saya, hambali, nazri, hashim, fauzi,
termizi, zahari, hasbullah.Perkampungan ini sama
dengan zaman 60-an perkampungan di negara kita.
Malaysia jauh lebih maju.... Kata En Meor JPN Pk
"Kampung tu macam kat kampung Kenayat dulu"
Hot Spring di Chiang Rai.... memang panas giler... boleh
rebus telor.... kawasan ini antik kerana di kelilingi
gerai-gerai menjual bermacam-macam batu cincin.
..Hashim beli cincin untuk semua jarinya...
Di sebuah perkampungan unik di Chiang Mai.... cuaca
sejuk, penyambut tetamu dan peniaga memakai
pakaian tradisional. Lepas bergambar.. hambali beri
50 baht / rm5 kepada 3 budak2 ni dia kata
" mu kongsi duit ni na..na"
kami semua ketawa kah...kah....kah..faham ke budak2
tu dengar hambali cakap petani?????
yeay.. dpt t-shirt from thai!
^____^
wah!!!bestnye tgk gamba2 pakcik!!
anyway,pakcik ni mmg maju la...pandai main blog..hehehe
hahahha.. isk isk... sudah maju nmpk nya... jgn uplate 1 je udahhhh.. pani upgate banyak2.. huhuhuhu
haha .. abahku mantap~! :p
bile mak nak buat blog plak ni? hehe. Dok umah sorang2, leh update blog nanti :D