SYUKUR ALHAMDULILLAH 2008

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2009

Ku ucapkan Selamat Tahun Baru 2009 kepada semua ahli keluargaku, rakan-rakan ku & kepada orang yang mengenali ku. Ku doakan kita semua beroleh kesihatan yang baik, kesabaran yang tulin, kekuatan yang jitu. Tahun 2009 diharapkan mencipta kejayaan yang lebih cemerlang.

Tahun 2008 merupakan tahun yang begitu cemerlang. Banyak perkara yang ku perolehi bagi tahun tersebut....

Paani anak ke4 : Tahun 2008 telah berjaya menerima biasiswa KPM. Beliau kini belajar di UPSI dalam bidang Pendidikan (Fizik). Tahun 2009 dia ada azam baru yang ..... nak tengok hasilnya nanti.. hehehe...

Poyu anak ke 3: Setelah menerima Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Malaysia Terengganu pada bulan Ogos 2008, beliau dilantik sebagai GSTT dan mengajar di SMK Sultan Idris Shah II, Gerik. Pada 13 Disember 2008 beliau diterima melanjutkan pelajaran di UPSI.

Pona anak ke 2: Pada 22 November 2008 dah jadi milik orang dari Alor Setar... Majlis kenduri kahwin berjalan dengan baik. Terima kasih kepada semua yang hadir di majlis tersebut. Dengar khabar tahun 2009 ni ade berita baik... Nak naik pangka datok le jawabnya... kah..kah.. jaga le kesihatan tu..

Pali anak sulung: Pada 8 November 2008 bernikah dengan orang Ampang.. Tahun 2008 dapat 2 orang menantu yang sihat-sihat... je

Tahun 2008 juga saya dinaikkan pangkat dari Gred DGA34 ke Gred DGA38... ada le tambah gaji sikit lagi... Dengan catatan peristiwa cemerlang 2008 saya amat bersyukur kepada Allah... berharap tahun 2009 banyak lagi catatan yang menarik....

Kepada anak-anakku.... sentiasalah ingatkan tuhan dan bersyukurlah.....

Tahun 2009......
Bulan Februari tahun ini, Pali anak pertamaku mula bertugas di Kajang setelah beberapa tahun bertugas di Ipoh.

Bulan Januari tahun ni, Pona anak ke2 ku akan ke India mengikuti kursus di sana anjuran Satyam. Berita terbaru beliau dah mengandung 4-5 minggu... Bulan September 2009 Insyaalah jadi datok lah saya ni.....

Ya Allah.. padamu aku mohon keampunan dan memohon kesejahteraan keluargaku..
4 Responses
  1. abah! azam ani tu rahsia kite due orang je tau! hehehe
    Selamat tahun baru abah!


  2. Call me -fa- Says:

    selamat tahun baru to pakcik....

    tahun ni tambah lagi sorg menantu ke???hihihi


  3. mr.fadzil Says:

    Pony:
    Ye ye Rahsia le pony.. nanti kita lihat hasilnya yer..

    Fa..:
    Waktu terdekat ni tak le tambah lagi... tapi nak tunggu f & N lak... Nak mkn nasi minyak kat ipoh dan gurun lak..


  4. @naBest Says:

    nk mkn nasik minyak, ai pun reti buat... uhuk... reti ke??? hohohohoho

    azam pony tu mst nk kurus kan???????!!!! betol tak???